Para pelanggan yang dimuliakan Allah sekelian,
Musim haji telah tiba lagi dan kita yang tidak pergi haji digalakkan untuk melakukan ibadah korban pada hari raya korban dan hari-hari tasriq.
Walaupun mungkin ibadat haji ditiadakan tahun ini oleh kerana wabak Covid-19, namun tiada sekatan untuk melakukan ibadah korban.
Alhamdulillah, Tim KorbanOnline.com telah berjaya melakukan korban di India tahun lepas (1442H), dengan menyembelih sebanyak 168 ekor lembu di
India dan 260 ekor kambing di Mekah. tahun ini, program seumpama diteruskan. Kami di KorbanOnline.com ingin membantu anda agar hajat untuk
melakukan korban tahun ini terlaksana. Untuk tahun ini (1443H), kami juga meneruskan program Aqiqah dan Korban di Mekah dengan harga istimewa
(RM490 untuk seekor kambing).
Matlamat kami, semua orang harus dapat melakukan ibadat korban dan aqiqah dengan mudah dan sempurna dan dengan niat untuk istiqomah berkorban
setiap tahun samada di Malaysia atau di luar negara. Kami di KorbanOnline.com sedia dan terbuka untuk menerima cadangan dan teguran bagi
penambahbaikan. Sekiranya tuan/puan ada sebarang pertanyaan atau cadangan, bolehlah wasap kepada kami untuk pertimbangan.
Hamidon Zaini
Pengasas KorbanOnline.com
+6011-39844709
Tahun ini merupakan tahun ke-5 kami menganjurkan korban di luar negara yakni India. Bermula dengan 26 ekor lembu pada tahun 1439H, meningkat kepada 68 ekor pada tahun 1440H dan pada tahun 1441H (tahun pertama pendemik covid 19), kami telah berjaya menyembelih 124 ekor lembu. Pada tahun lepas 1442H, tahun kedua pendemik covid19, kami berjaya menyembelih 168 ekor lembu dan 250 ekor kambing. Untuk tahun ini, tahun 1443H, kami mengunjurkan untuk menyembelih 300 ekor lembu dan 400 ekor kambing. Fokus pasaran kami terhad kepada mereka yang pernah melakukan korban dengan kami, mereka yang ada hubungan terus dengan kami, dengan saudara-mara kami serta kawan-kawan mereka atau dengan kawan-kawan kami (termasuk kawan-kawan Facebook kami) dan kawan kepada kawan-kawan Facebook kami. Kami meneruskan tradisi melantik ejen-ejen di kalangan mereka yang rapat dengan kami atau yang pernah menjadi pelanggan kami. Kami ingin membina "branding" kami yakni KorbanOnline.com dan kepercayaan pelanggan atau bakal pelanggan kami. Bakal pelanggan mengenali ejen-ejen kami dan ejen-ejen kami pula harus mempercayai kami. Jadi, urusniaga dijalankan tanpa keraguan dari mana-mana pihak. Ini amat penting kerana ianya membabitkan kewangan dan amalan agama.
Kami memilih India sebagai lokasi korban kami kerana kos binatang korban sangat murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Ini membolehkan mereka yang kurang berkemampuanpun dapat melakukan ibadat korban. Kepada mereka yang selama ini belum pernah berkorban, inilah peluang untuk memulakannya. Ibadah korban adalah ibadah tahunan. Oleh itu dengan cara ini lebih mudah untuk kita istiqomah berkorban tiap-tiap tahun.
Insya-Allah boleh dipercayai. Di KorbanOnline.com, kami berurusan dengan ejen2 yang dilantik. Tuan/Puan boleh menyemak ejen2 kami di http://www.korbanonline.com/hubungi.html. Sekiranya tuan/puan bersetuju menyertai program korban kami, bayaran hendaklah dibuat terus kepada ejen2 kami. Ejen2 kami adalah orang yang tuan/puan kenali dan mereka kebanyakannya sudah bersama KorbanOnline.com untuk beberapa tahun. Setelah bayaran dibuat, nama peserta akan dipamirkan di website KorbanOnline.com dan tuan/puan boleh menghubungi kami di +6011-3984 4799 sekiranya nama tuan/puan tidak disenaraikan setelah bayaran dibuat. Sebagai bukti korban telah disempurnakan, pihak kami akan upload gambar korban di website beberapa hari selepas hari tasriq terakhir. Semua ini dilakukan sebagai check and balance bagi memastikan perkhidmatan KorbanOnline.com telus dan boleh dipercayai.